Tuesday, 28 May 2013

Faedah Dari Amalan Berpantang Selepas Bersalin


Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untuk menjalani pantang. Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Bagi wanita yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri, amalan berkenaan dianggap peluang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tidak hanya dari segi kesihatan, ia turut membabitkan kecantikan dan kecergasan diri biarpun sudah bergelar ibu.

Berbengkung

Rawatan ini tidak seharusnya ditinggalkan. Untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ramping, berbengkung adalah jawapan yang tepat. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketka waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfungsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.



Mandi rempah ratus

Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pda hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, tamu pauh dan temulawak. Selain daripada itu isi halia dan lengkuas turut digunakan. Antara lain anda juga juga perlu mandi bunga supaya dapat mengekalkan kesegaran tubuh dan menaikkan seri wajah.


Gambar: Salah seorang pelanggan Natalis yang telah siap dipakaikan param & pilis 

Memakai param dan pilis

Rawatan luar juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Kebaikan memakai param pula ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Minum jamu

Amalan ini dapat membantu anda memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, melawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh.


 Sumber: Kekalsihat.com

1 comment: