Tuesday, 28 May 2013

Tips-Tips & Amalan Semasa Berpantang


1.  Bertungku

Jangan sekali-kali kita ambil mudah dengan amalan ini. Bertungku mengecutkan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan .

Bertungku juga memecahkan darah yang membeku di dalam perut dan menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.

Cara bertungku amat mudah:
- Panaskan batu sungai/ batu tungku 15 minit.
- Letakkan batu tungku di atas lapisan daun mengkudu/ daun sirih (keliling batu di tutupi daun).
- Balut batu yang berlapik daun dengan lapisan kain.
- Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, buah dada dan seluruh badan. Badan akan terasa hangat dan segar.

2.  Berurut

Berurut melancarkan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan bayi. Semasa proses kelahiran, kita terpaksa meneran supaya bayi mudah keluar. Amalkan 3 hari berurut pada waktu pagi seminggu selepas kelahiran normal.

Meneran memerlukan kita untuk menolak bayi keluar dan semasa itu kita menggunakan seluruh tenaga yang kita ada. Oleh itu selepas bersalin badan akan terasa begitu lemah dan perlu di pulihkan semula.

Semasa berurut badan akan terasa hangat, ringan dan bertenaga semula. Pakailah stokin dan baju panas kerana badan cepat berasa sejuk dan kelihatan sembap dan bengkak terutama sekali di bahagian
kaki.

3.  Berbengkung atau berbarut

Berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Anda perlu berbarut untuk mendapatkan kembali tubuh yang lansing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung . Otot menjadi kendur dan perlu di tegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.

Berbarutlah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokkannya.

4.   Berpilis

Oleh kerana badan kita banyak kehilangan darah, kita mudah terasa pening dan mudah terkena penyakit meroyan.

Anda boleh buat sendiri bahan berpilis .Caranya, ambil kayu manis dan tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air dan di sapu di dahi.Mudah bukan?

Kayu manis tadi boleh anda sediakan sebelum anda bersalin kerana anda tak boleh menumbuk atau menggunakan lesung batu semasa di dalam pantang.Di khuatiri peranakan boleh turun kerana
menggunakan tenaga dan hentakan lesung / gegaran pada badan.

5.  Mandi air rebusan daun

Air rebusan daun mengembalikan semula kesegaran urat saraf.Anda boleh gunakan daun herba seperi sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan.

Anda juga boleh gunakan pek uncang cucian untuk membasuh luka di faraj untuk di buat air mandian jika sukar untuk mendapatkan daun – daun tersebut. Selain itu rendaman air asam keping juga boleh dibuat cucian faraj.

6.  Minum ubat periuk

Ubat periuk atau pun air akar kayu amat baik untuk kesihatan. Ia melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan menambah khasiat pemakanan .

Ubat periuk juga menyenangkan pembuangan air besar dan mengeluarkan angin di dalam badan.Ia juga menambah seri muka agar muka tidak kelihatan pucat.Sekarang telah ada ubat periuk dalam bentuk uncang
dan anda hanya perlu masak air panas dan tuangkan ke dalam uncang seperti minum air teh.

7.  Tidur dan rehat secukupnya

Untuk mengelakkan rasa pening anda perlu dapat rehat yang secukupnyalah. Bila bayi anda tidur anda ambillah kesempatan itu untuk berehat atau melelapkan mata. Pastikan keadaan selesa utk anda tido. Pencahayaan yang mengikut keselesaan anda adalah amat penting.

Ini kerana kadangkala tidur anda terganggu di waktu malam kerana bayi yang menyusu atau bayi anda meragam.Sebolehnya dapatkanlah seorang pembantu atau minta pasangan anda untuk membantu anda dalam tempoh minggu pertama.

Jika anda mahu lakukan sesuatu kerana rimas rumah anda bersepah, biarkan saja kerana rehat anda adalah lebih penting.

Tidur dan rehat yang cukup dapat mengurangkan tekanan perasaan dan rasa terbeban dengan tanggung jawab yang semakin bertambah.

Sumber : Isteri.Blogmas

No comments:

Post a Comment