Monday, 3 June 2013

Anda Ingin Pakej Puteri (7 Hari) Stay In Secara Percuma?


Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat semua, ada berita baik buat para blogger 'tegar' di luar sana! Sekiranya anda:

1) seorang blogger yang mempunyai fan base atau follower yang kukuh 
2) anda sedang hamil dan bakal melahirkan cahayamata dalam tahun ini (2013)

Maka andalah yang kami cari! Sempena ulangtahun penubuhan Natalis Beauty Julai ini, Natalis Beauty bakal menaja blogger yang layak dengan memberikan Pakej Puteri (7 Hari) secara PERCUMA! Ya, PERCUMA! Hubungi kami segera, slot ini sangatlah terhad & pemenang bertuah akan dimaklumkan di page FB Natalis (www.facebook.com/natalisbeauty)! 

*Tertakluk kepada syarat-syarat & terma.



Syarat-Syarat & Terma:
1) Anda mestilah 'like' page FB Natalis, dan menjadi follower blog Natalis (www.natalisbeauty.blogspot.com)

2) Blog anda mesti bukan sebuah blog perniagaan, tetapi blog mengenai gaya hidup atau perkongsian pengalaman. Blog yang mempunyai fokus kandungan mengenai wanita, keibubapaan (parenting) atau keluarga adalah menjadi keutamaan.

2) Populariti blog diukur melalui kriteria berikut:
a) jumlah pelawat 
b) jumlah follower
c) jumlah site linking ke blog anda
d) blog rating & blog ranking
e) jangkauan (reach)

3) Blog anda sentiasa dikemaskini, aktif, serta tidak mempunyai sebarang posting/artikel yang berunsur fitnah, permusuhan, perkauman dan sebagainya.

4) Sekiranya terpilih, anda perlu menyiarkan artikel-artikel mengenai pengalaman harian anda selama mengandung dan berpantang bersama Confinement Lady Natalis. (Pakej yang ditawarkan adalah pakej Stay In yang mana Confinement Lady tersebut akan tinggal bersama dengan anda). 

5) Tawaran ini tidak hanya terbuka kepada blogger wanita, blogger lelaki (suami) juga boleh menyertainya dengan syarat yang sama seperti (1) sehingga (4) di atas.

No comments:

Post a Comment